BANGI: "Ya, arwah (Shahril) memang ada sejarah lampau (kes jenayah), tetapi mereka tiada hak buat adik saya begitu," kata abang sulung kepada pemandu kereta yang diikat dan dipukul hingga maut, selepas kemalangan, minggu lalu.
Shah Rizad Samad, 43, berkata, lima penghantar makanan yang didakwa membunuh adik keduanya, Shahril, 41, tidak sepatutnya mengambil langkah mudah dengan menggunakan keganasan, sebaliknya menyerahkan kes terbabit kepada pihak polis.
Menurutnya, suspek tiada hak memukul mangsa hingga maut walaupun adiknya mempunyai kisah silam.
Katanya, ini kerana adik kedua daripada tujuh beradik itu tidak pernah bermusuh dengan mana-mana pihak, apatah lagi ahli keluarganya sendiri.
“Sudahlah diikat (mangsa), kenapa nak belasah lagi dan bagaimana dia nak lindungi dirinya?
"Saya dah ahli keluarga puas hati dapat tengok muka semua tertuduh di mahkamah ketika mereka dituduh, sebab memang kami sudah lama nak lihat wajah mereka,” katanya.
Bagaimanapun Shah Rizad berkata, ibu bapanya tidak sanggup untuk hadir ke mahkamah bagi mengikuti prosiding pendakwaan terbabit.
Dia yang juga seorang penjawat awam berkata, ahli keluarganya berharap semua suspek yang terbabit dalam kejadian itu dikenakan hukuman setimpal.
“Kami tak harap banyak, cuma apa yang terjadi dapat selesaikan (prosiding mahkamah) dengan segera.
“Saya dan keluarga juga tiada kuasa untuk menentukannya (hukuman), kita hanya mahukan keadilan,” katanya sebak ketika ditemui di luar mahkamah selepas lima lelaki itu dituduh membunuh adiknya.
Lima penghantar makanan yang tular dalam kejadian pukul dan ikat seorang pemandu kereta didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas satu pertuduhan membunuh minggu lalu.
Mohd Yuree Ranoff Mohd Bachuri, 41; Azharul Azuan Mohd Azan, 34; Tengku Izham Tengku Hamid, 22; Mahazir Nordin, 43 dan Syamsul Qamar Ayob, 40 didakwa membunuh seorang pekerja sendiri, Shahril Samad, 41, di Jalan TPS 2/3 Taman Pelangi Semenyih 2, Beranang di sini pada jam 9.54 malam, 20 Februari lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati, hendaklah disebat sebanyak 12 kali. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 27 2024
Shah Rizad kelihatan sebak ketika ditemui di luar Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi pada Selasa. - Gambar/ Sinar Harian
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
'Arwah ada sejarah lampau, tapi tiada hak dipukul hingga mati'
Shah Rizad Samad, 43, berkata, lima penghantar makanan yang didakwa membunuh adiknya, tidak sepatutnya mengambil langkah menggunakan kekerasan.